Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

3 HARI LAGI ...



"Di Petrajaya, Kuching, Sarawak ada banglo bersaiz  sangat besar dan sebilangan kawan-kawan saya pernah ke lokasi itu dan terlihat hantu," ujar Anne.

"Awak tidak pergi bersama mereka?," tanya saya.

Dia menggelengkan kepala.

Anne Reezny Yusuf, 19 tahun, pelajar jurusan Pengurusan Hotel di Taylor's University di Subang Jaya, Selangor.


"Mengapakah awak berminat untuk menyertai Paranormal Tour Melaka 2013?," soal saya.

"Saya ingin merasai pengalaman berada di lokasi menyeramkan. Sebelum ini beberapa rakan saya pernah terlihat 'hantu' di apartmen tempat saya tinggal sekarang tetapi saya tidak pernah nampak," balas anak ke 3 daripada 4 beradik itu.

Ketika ditemu bual Anne ditemani oleh rakan baiknya, Francisca Hillary Janes. 19 tahun, berasal dari Jakarta, Indonesia.


"Look! I can see the face," celah Jane dengan wajah teruja.

Mereka ditunjukkan antara hasil rakaman kru Penyingkap Fakta sebelum ini di beberapa lokasi tinjauan.


Berikut antara lokasi bakal ditinjau oleh semua peserta bersama kru Penyingkap Fakta pada malam 9 Februari akan datang.


Rumah terletak berhampiran Laut Cina Selatan terbabit menyimpan sejarah hitam tersendiri dan dianggap lokasi lagenda berpuaka di kalangan penduduk setempat.

Klik di sini untuk melihat atur cara program disusun atur.

Masih terdapat 3 lagi tempat untuk peserta berminat dan klik di sini untuk melihat kadar bayaran dikenakan.

Kepada pembaca ingin bersama Anne, menyertai Paranormal Tour Melaka 2013, sila hubungi Razali Harun di talian 016 231 5812.

Bersama menyingkap fakta 3 lokasi, 3 misteri dan 3 sisi.

Terima kasih kepada penaja, Melaka Kitchen,  Euro Rich Hotel Melaka dan Azizul Azzemin.



0 Komen :